Rumah usang terbiar, rumah pusaka yang tak selesai, atau harta sepencarian yang buntu. Saya sedia beli rumah anda, atau baiki dan jual tanpa anda keluar modal. Peguam dan banker yang dipercayai disediakan. Anda cuma tandatangan, saya uruskan selebihnya.
Rumah rosak, bocor, retak, lama terbiar, atau rumah pusaka yang waris dah sepakat nak jual. Anda tak perlu baiki, tak perlu kemas, tak perlu tunggu pembeli.
Saya sendiri nilai keadaan rumah dan harga pasaran, dengan telus.
Anda dapat tawaran tanpa paksaan. Terima atau tolak, anda yang tentukan.
Tak perlu baiki apa-apa. Rumah dijual dalam keadaan sekarang.
Peguam berpengalaman dan dipercayai urus semua dokumen sampai selesai.
Setiap kes berbeza. Saya dengar dulu, kemudian beri jalan paling sesuai untuk anda dan keluarga.
Rumah arwah ibu bapa yang belum selesai, waris ramai, atau adik-beradik belum sepakat.
Rumah lama yang rosak, bocor, retak atau lama kosong. Anda tak keluar modal. Anda tak pening.
Suami isteri berpisah atau bertelagah tentang pembahagian rumah yang dibeli bersama.
Anda tak perlu cari peguam, banker atau kontraktor sendiri. Semuanya saya sediakan dan selaraskan.
Saya sendiri nilai struktur, kerosakan dan kos baik pulih.
Peguam berpengalaman untuk jual beli, pindah milik dan urusan pusaka.
Loan pembeli diurus dari A sampai Z, dari semak kelayakan sampai lulus. Jualan anda tak tergantung.
REN 60336 di bawah IQI Realty. Pemasaran, rundingan dan dokumen sampai serah kunci.
Tak pasti saya boleh bantu atau tidak? WhatsApp dulu. Bertanya tiada caj.
WhatsApp atau telefon. Semua maklumat dirahsiakan.
Saya lihat rumah dan dokumen yang ada untuk faham keadaan sebenar.
Saya beli terus, saya baiki dan jual, atau saya urus jualan biasa. Anda yang buat keputusan.
Saya, peguam dan banker urus semuanya sehingga selesai.
Betul. Selepas lawatan dan penilaian, saya beri tawaran yang jelas. Anda bebas terima atau tolak, tanpa paksaan.
Rumah perlu diselesaikan dari segi pusaka dahulu. Saya urus proses itu dari awal bersama peguam yang berpengalaman. Bila selesai, rumah boleh dijual atau saya beli terus.
Ini perkara biasa. Saya bantu dengan nilai pasaran yang jelas dan perbincangan bersama waris supaya semua faham pilihan yang ada. Peguam disediakan jika perlu.
Tidak. Saya nilai kerosakan sebagai jurutera, kemudian saya keluarkan belanja untuk renovate, ejen dan peguam. Atau, saya beli terus dalam keadaan sekarang. Anda tak perlu pening.
Bergantung pada situasi anda. Peguam berpengalaman akan beri nasihat undang-undang. Peranan saya ialah beri nilai pasaran yang adil serta urus jualan dan agihan hasil.
Ya. Masalah keluarga, kewangan dan rumah anda tidak akan dikongsi dengan sesiapa tanpa izin anda.
Bertanya dan berbincang tiada caj. WhatsApp saya untuk bincang situasi rumah anda.
Setiap bulan rumah dibiarkan, kerosakan makin teruk. Ceritakan situasi anda hari ini.