Saya bantu dari semak kelayakan pinjaman, cari rumah yang sesuai, sampai anda pegang kunci. Sebagai jurutera, saya juga tunjukkan apa yang perlu diperhati pada keadaan rumah sebelum anda buat keputusan.
Kita kira anggaran pinjaman yang boleh lulus, sama ada pinjaman bank atau LPPSA, supaya anda cari rumah ikut bajet sebenar.
Saya bawa anda lihat rumah dan terangkan keadaan struktur, bumbung dan kemasan dari sudut jurutera.
Saya bantu rundingan harga, tandatangan surat tawaran, dan mohon pinjaman dengan bank atau LPPSA.
Saya bantu koordinasi dengan peguam dan bank sehingga proses selesai dan kunci diserahkan.
Saya tunjukkan tanda-tanda masalah seperti keretakan, kebocoran dan kerosakan bumbung sebelum anda tandatangan apa-apa.
Pinjaman bank atau LPPSA untuk penjawat awam. Saya terangkan dokumen yang perlu dan bantu permohonan.
Saya tahu harga semasa di setiap kawasan, jadi anda tidak bayar lebih dari sepatutnya.
Selain deposit, ada kos lain seperti yuran guaman, duti setem dan caj bank. Jumlahnya bergantung pada harga rumah dan jenis pinjaman. WhatsApp saya harga rumah yang anda minat, dan saya kirakan anggarannya.
Boleh. Saya biasa bantu pembeli yang guna LPPSA dan akan terangkan proses serta dokumen yang perlu.
Boleh. Saya boleh buat lawatan video dan hantar gambar serta penerangan terperinci. Anda boleh datang melihat bila sudah betul-betul berminat.
Caj, jika ada, akan dimaklumkan dengan jelas sebelum anda bersetuju dengan apa-apa.
Kawasan, bajet dan jumlah bilik. Saya carikan yang sesuai.