Sebagai jurutera dan ejen hartanah di Melaka, saya selalu jumpa owner yang dah lama iklankan rumah tapi tak ada pembeli serius. Bila disemak, puncanya hampir sama. Baca sampai habis, dan semak berapa banyak yang sedang berlaku pada rumah anda.
1Letak harga ikut perasaan, bukan ikut pasaran
Ramai owner tetapkan harga berdasarkan berapa mereka beli dulu, kos renovate, atau harga yang jiran "dengar-dengar" dapat. Masalahnya, pembeli dan bank tak menilai rumah berdasarkan perasaan.
- Harga terlalu tinggi: pembeli lari, rumah terperap lama, dan akhirnya owner terpaksa turunkan harga lebih rendah daripada sepatutnya.
- Harga terlalu rendah: rumah cepat laku, tapi anda rugi beribu-ribu ringgit tanpa sedar.
2Tak tahu keadaan sebenar rumah sendiri
Bocor bumbung, retak dinding, anai-anai, paip dan wayar lama. Owner yang dah lama tinggal selalunya tak perasan, tapi pembeli dan penilai bank akan nampak.
Bila kerosakan ditemui di saat akhir, pembeli akan tawar harga jauh lebih rendah atau terus tarik diri. Anda pula dah buang masa berminggu-minggu.
3Gambar dan iklan yang tak menarik
Pembeli hari ini mula mencari di telefon. Gambar gelap, barang bersepah, gambar senget, atau maklumat yang tak lengkap buat iklan anda di-scroll lalu dalam beberapa saat.
- Kemas dan buka semua lampu sebelum ambil gambar.
- Mulakan dengan gambar depan rumah, kemudian ruang tamu, bilik, dapur dan tandas.
- Nyatakan maklumat penting: saiz tanah atau rumah, pegangan (freehold atau leasehold), status bumi lot, dan apa yang dah diubah suai.
4Dokumen tak sedia bila pembeli dah datang
Pembeli dah setuju, tapi geran tak jumpa, cukai tanah dan cukai pintu tertunggak, penyata baki pinjaman belum diminta, atau rumah sebenarnya masih atas nama arwah. Setiap kelewatan memberi ruang untuk pembeli berubah fikiran.
- Salinan geran atau hakmilik
- Resit cukai tanah dan cukai pintu terkini
- Penyata baki pinjaman bank (jika masih ada loan)
- Jika rumah pusaka: urusan pusaka perlu diselesaikan terlebih dahulu
5Terima pembeli tanpa semak kelayakan loan
Ini kesilapan yang paling memenatkan. Owner tolak pembeli lain kerana dah "ada orang ambil", tunggu berbulan-bulan, kemudian loan pembeli tak lulus. Rumah terpaksa diiklankan semula dari kosong.
Kesimpulan
Jual rumah bukan sekadar letak iklan dan tunggu. Harga yang tepat, rumah yang disemak, iklan yang kemas, dokumen yang lengkap dan pembeli yang layak: lima perkara ini menentukan sama ada rumah anda laku cepat dengan harga terbaik, atau sebaliknya.
Nak elak kelima-lima kesilapan ini?
Saya bantu owner di Melaka dari mula hingga serah kunci:
- Anggaran harga pasaran PERCUMA, berdasarkan transaksi sebenar
- Semakan keadaan rumah oleh jurutera PERCUMA
- Gambar dan pemasaran penuh
- Peguam berpengalaman dan banker dipercayai, loan pembeli diurus A sampai Z
- Rumah usang atau pusaka? Saya juga sedia beli terus